“Mutu Kehidupan rakyat Singapura merosot akibat tekanan yang pelbagai”

Bedasarkan rakyat Singapura yang diberikan, bincangkan punca-punca bagi pelbagai tekanan yang dihadapi rakyat Singapura, kesan tekanan-tekanan tersebut terhadap pelbagai lapisan masyarakat serta sarankan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaik mutu kehidupan rakyat Singapura.

Rakyat Singapura: Ibu, Pelajar, Pekerja

Tekanan adalah suatu kebiasaan di dunia masa kini terutama sekali di negara yang global seperti Singapura. Setiap individu akan melalui tekanan yang berbeza. Ada yang tertekan kerana melalui masalah kehidupan. Ada pula yang tertekan kerana mempunyai terlalu banyak pekerjaan yang perlu diselesaikan. Tekanan boleh membuat seseorang itu lebih tabah dalam menjalankan hidup mereka. Walaubagaimanapun, tekanan yang berlebihan boleh menjejaskan mutu kehidupan seseorang.

Ibu memainkan peranan yang penting di masyarakat Singapura. Ibu bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga. Ibu-ibu di Singapura kini tertekan kerana mereka menghadapi kesukaran untuk mendidik anak-anak mereka. Anak-anak zaman sekarang, terutama sekali remaja, semakin susah untuk dikawal. Ini disebabkan sikap dan tingkah laku mereka yang semakin kebaratan. Tambahan pula, ibu-ibu akan menjadi semakin tertekan apabila mereka terpaksa bekerja untuk menampung keluarga. Ini disebabkan oleh ekonomi di Singapura yang senantiasa memuncak. Apabila kaum ibu tertekan, mereka akan sering murung. Ini akan menjejaskan suasana di rumah yang tidak lagi ceria. Lantas, hubungan ibu dan anak-anak akan menjadi kurang mesra. Jika ini sering berlaku, keadaan masyarakat di Singapura akan menjadi riuh-rendah kerana banyak keluarga yang bermasalah. Pemerintah perlu membantu ibu-ibu yang bekerja sambil menjaga anak-anak mereka. Pemerintah boleh memberikan subsidi yuran sebanyak 50 peratus untuk membolehkan ibu manghantar anak-anak mereka ke Pusat Penjagaan Anak-Anak. Wang insentif untuk keperluan anak-anak juga perlu diberikan setiap tahun. Tambahan pula, pemerintah boleh menganjurkan kempen berkomunikasi diantara ibu dan anak-anak serta kempen untuk aktiviti-aktiviti sekeluarga pada hari-hari cuti agar hubungan sekeluarga dapat dieraratkan. Jangka masa ibu bekerja juga perlu terhad agar mereka dapat berehat secukupnya.

Pelajar juga akan menghadapi tekanan yang pelbagai di Singapura. Mereka perlu menyalesaikan terlalu banyak kerja sekolah dan projek. Mereka juga terpaksa menghabiskan masa yang berlebihan di sekolah pada tiap-tiap hari. Kini, pelajaran semakin sukar untuk ditangani. Pelajar berasa tertekan oleh masyarakat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Ini diburukkan lagi apabila pelajar asing membuat persaingan di sekolah lebih ketat. Tekanan-tekanan ini akan membuat mutu kehidupan pelajar untuk merosot. Mereka tidak akan mempunyai cukup masa untuk aktiviti-aktiviti di luar sekolah. Ini akan membuat pelajar gagal untuk menjadi individu yang berkeseluruhan. Lantas, negara Singapura akan membina masyarakat yang tidak bermutu tinggi. Sumbangan yang akan diberikan pelajar kepada masyarakat akan terhad kepada apa yang dipelajari di dalam buku. Ini akan menjejaskan pembangunan negara dan kemahirannya untuk bersaing dengan negara-negara lain pada masa hadapan. Untuk memperbaiki mutu kehidupan pelajar, Kementerian Pelajaran(MOE) perlu mengurangkan masa yang dihabiskan di sekolah sehingga 8 jam, paling banyak. Guru-guru juga boleh mengajar pelajar-pelajar cara untuk membahagikan masa agar mereka tidak membuat kerja pada saat-saat terakhir. Tambahan pula, aktivit-aktiviti luar sekolah perlu dijalankan setiap bulan untuk meluaskan minda pelajar dan sekali gus mengurangkan tekanan mereka pada pelajaran.

Selain pelajar, pekerja juga menhadapi pelbagai tekanan di Singapura. Ini disebabkan oleh jangka masa pekerjaan yang terlalu panjang, gaji yang tidak mencukupi, persaingan sengit di antara pekerja untuk kenaikan pangkat, jumlah pekerjaan yang terlalu banyak dan juga majikan yang mahu pekerjaan yang terbaik daripada pekerjanya. Disebabkan itu, pekerja tidak mempunyai cukup masa untuk diluangkan bersama keluarga kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan. Bagi ibu bapa yang bekerja, anak-anak mereka akan terjejas kerana kurangnya perhatian ibu bapa. Tekanan yang dihadapi juga boleh menimbulkan nilai-nilai yang negatif kepada pekerja seperti mementingkan diri sendiri kerana mahu kenaikan gaji atau pangkat. Ini akan menjejaskan negara Singapura kerana pekerja akan lupa akan pentingnya hidup bermasyarakatan. Mereka akan bekerja kerana duit semata-mata. Pemerintah harus sering menggalakkan majikan untuk menaikan gaji pekerja mereka. Ini kerana kenaikan ekonomi di Singapura akan berterusan. Pemerintah juga perlu mengimplementasikan peraturan agar pekerja tidak boleh bekerja lebih dari 12 jam. Persaingan yang sihat juga perlu digalakkan di antara pekerja. Dengan langkah-langkah ini, pekerja akan kurang tertekan dan mutu kehidupan mereka dapat diperbaiki.

Masyarakat yang tertekan tidak akan menghasilkan apa-apa faedah kepada negara. Pemerintah wajib memantau kesejahteraan rakyat mereka agar rakyat Singapura akan berasa lebih selesa dengan tempat diaman mereka. Sebaliknya, rakyat Singapura juga perlu mengetahui cara-cara untuk menagani tekanan yang dihadapi agar mereka dapat menikmati mutu kehidupan yang lebih tinggi.

Tekanan
Tekanan
Advertisements
This entry was posted in Bahasa Melayu and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to “Mutu Kehidupan rakyat Singapura merosot akibat tekanan yang pelbagai”

  1. bintangzohra says:

    Jika ini sering berlaku, keadaan masyarakat di Singapura akan menjadi riuh-rendah kerana banyak keluarga yang bermasalah.
    huru hara – bukan riuh rendah.
    Pelajar berasa tertekan oleh masyarakat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
    oleh keadaan sekeliling – bukan oleh masyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s