Karangan Naratif: Ketabahan

Satu pengalaman yang mengajar kamu bahawa ketabahan merupakan kunci untuk mencapai matlamat yang diingini.


Aku ialah seorang pelajar Tahun 2 di Millennia Institute. Niatku untuk belajar di sekolah ini adalah untuk menduduki peperiksaan Peringkat ‘A’ dan memasuki Universiti. Pada mulanya, aku sangka bahawa perananku di sini sebagai seorang pelajar tidaklah begitu sukar. Kini, aku sedar bahawa pelajar yang cermelang harus bekerja keras dan juga tabah mengharungi pelbagai cabaran.

Tahun 1 adalah tahun yang agak sukar bagi aku dan keluargaku. Ibuku kehilangan suami, aku dan adik beradikku pula kehilangan seorang ayah. Ayahku meninggal dunia sebulan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Aku tidak menerangkan perasaan sedihku apabila ayahku sudah tiada. Semua tumpuanku pada pelajaran lenyap dalam sekelip mata. Aku tidak dapat menghadiri kelas selama dua minggu dan aku gagal mengulangkaji pelajaran dengan baik. Aku asyik teringatkan ayahku yang sudah tiada.

“Aliah rindu ayah,” adalah kata kata yang sering berbisik di hatiku.

Disebabkan kehilangan tumpuan pada pelajaran, aku gagal peperiksaan akhir tahun. Walau bagaimanapun, guruku mempunyai kepercayaan bahawa aku adalah seorang yang berkebolehan. Dengan itu, aku dinaikkan ke Tahun 2 dengan syarataku mesti lulus uuian umum pada bulan Februari tahun depan. Aku berjanji kepada guruku, cikgu Ali, bahawaaku akan menggunakan masa cuti sekolahku dengan bijak untuk mengulangi pelajaran dan mempelajari apa yang telahku tertinggal. Aku berasa lega kerana diberikan peluang yang telah ku tertinggal. Aku berasa lega kerana diberi peluang yang kedua untuk membuktikan bahawa aku boleh lulus.

Cuti sekolah Desember telah pun tiba. Aku membahagikan masaku dengan cermat dan berjaya mengulangkaju beberapa meta pelaaran yang amat penting untuk Ujian Umum yang akan dating. Aku yakin bahawa aku akan lulus kali ini. Tetapi kerana tedak semudah yang disangkakan. Keadaan keluargaku semakin kucar-kacir. Setelah ayah meninggal dunia , ibuku terpaksa berkerja untuk menampung kami lima beranak. Dua orang adikku yang masih kecil telah dibiarkan di rumah. Aku dan kakakku terpaksa menjaga mereka apabila ibu sedang keluar bekerja. Kami bekerasama dan mengambl alih untuk menjaga mereka. Aku masih mempunyai masa untuk mengulakaji pelajaranku.kadang-kala kakakku akan membantuku dalam mata pelajaran Matematik dan Kimia.

Aku seringkali belajar pada waktu malam ketika kedua adikku sudah tidur. Pada suatu malam, ketika aku sedang mengulangkaji mata pelajaran Matematik, aku terdengar suara ibuku menangis di biliknya. Aku mula berasa risau. Aku membuka pintu bilik ibuku dabn menatap wajah ibuku yang ayu itu.

“Ibu rindu ayah?” Aku bertanya kepadanya.

Ibuku hanya tersenyum tanpa menghiraukan persoalanku. Dia memanggilku untuk duduk di sebelahnya. Aku duduk di sebelahnya dan menyedari bahawa ibu sudah semakin kurus dan mukanya kelihatan letih dan tidak bermaya. Dia menerangkan bahawa dia berasa amat risau kerana dia tidak mampu untuk menampung kami sekeluarga. Dia meminta agar aku dan kakakku bekerjabuat sementara waktu sehingga dia mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Aku dan kakakku mula bekerja di kedai makan berhampiran dengan rumah untuk membantu ibu. Kami juga harus meluangkan masa untuk menjaga kedua-dua adik kami. Aku mula berasa tertekan kerana aku tidak mempunyai cukup masa untuk belajar. Tetapi, kakakku memberiku kata-kata perangsang dan berjanji agar dia akan tetap membantuku dalam mata pelajaran yang tertentu. Dia membuatku percaya bahawa aku boleh berjaya jika aku tidak berputus asa. Dia juga sering mengingatkanku bagaimana ayah dan ibu menaruh harapan agar kami menjadi pelajar yang cemerlang. Aku teringat nasihat-nasihat ayah untuk aku bekerja keras dan senantiasa tabah mengharungi cabaran.

Cuti sekolah sudah berakhir dan aku masih bekera sambilan. Aku cuba sedaya upaya untuk meluangkan secukup masa untuk belajar. Kakakku menepati janjinya dengan sering membantuku jika aku memerlukan. Kadang-kala, aku akan berjumpa dengan Cikgu Ali untuk meminta nasihat tentang cara membahagikan masa. Walaupun pengalaman yang dilaluiku amat sukar, aku tidak boleh berputus asa kerana aku mesti lulus Ujan Umum yang sudah hampir.

Apabila Ujian Umum tiba,aku melakukan yang terbaik yangdan berdoa agar aku akan lulus. Aku berasa amat gemmentar apabila keputusan Ujian Umum akan diberikan. Cikgu Ali menghulurku kertas dengan senyuman yang lebar.

“Alhamdulillah,” ucapanku dengan perasaan lega.

Aku lulus 3 subjek H2 dan 1 subjek H1. walaupun aku tidak lulus semua subjek, aku telah berjaya menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan akhir tahun lepas. Aku mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ali dan menelefon kakakku untuk memberitahunya tentang berita baik ini.

Aku mempelajari bahawa seseorang itu perlu berani menghadapi cbaran dan terus tabah untuk mencapai kejayaan. Memang betul kata-kata ibu, ayah dan kakakku. Aku berasa amat bangga terhadap kejayaanku dan aku telah diadikan contoh kepada kedua-dua adikku. Moga-moga, aku akan terus berjaya dalam pelajaranku.

Kunci


Advertisements
This entry was posted in Achievements, Bahasa Melayu and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s