Diari Disember

Kata orang,” Jauh perjalanan, luas permandangan.” Pada bulan Disember 2010, aku dan keluargaku berpeluang untuk bersiar-siar di negeri-negeri di utara semenanjung Malaysia. Sejauh ini kami tidak pernah ke sana, hanya dapat melawat di negeri-negeri di selatan semenanjung Malaysia sahaja.

Perjalananku sekeluarga bermula dengan berkhemah selama satu malam di lereng Gunung Ledang. Tempat yang menjadi pilihan kami untuk mendirikan khemah bernama Kolam Puteri kerana di situ tempatnya nyaman dan bersebelahan dengan sebatang sungai dan sebuah air terjun. Suasana di sana amatlah berbeza dengan suasana di bandaraya. Hiruk-pikuk kesibukan bandaraya telah digantikan dengan bunyi-bunyian serangga dan deruman air terjun yang mengalir senantiasa tanpa henti. Ia amat menyenangkan.

Aku dan keluargaku bangun awal pada keesokan harinya untuk berangkat ke desinasi yang seterusnya. Kami sekeluarga terkejut apabila mendapati bahawa tingkap kereta kami, yang diletakkan di kaki gunung telah dipecahkan. Kami memeriksa kereta tersebut dan dapati tiada barang yang dicuri. Kejadian ini mengingatkanku supaya tidak meninggalkan barang-barang yang berharga di dalam kereta. Malangnya, perjalananku dan keluargaku terganggu kerana kami terpaksa mancari bengkel untuk menggantikan tingkap kereta itu. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya mendapatkan bengkel yang boleh
menggantikan tingkap kereta di Kajang, Selangor.

Tanpa berlangah lagi, aku dan keluargaku memeruskan perjalanan kami ke utara melalui lebuhraya utara-selatan ke Kuala Kedah. Di sana, kami menaiki feri untuk ke Pulai Langkawi. Kami menghabiskan masa tiga hari dua malam untuk menjelajah pulau tersebut. Aku mash boleh ingat lagi kenangan manisku di sana. Aku teringin untuk pergi ke sana lagi. Tempat-tempat yang sempat aku dan keluargaku melawat adalah Telaga Air Panas, Air Terjun Telaga Tujuh, Air Terjun Berangin, Gua Kelawar dan Makam Mahsuri.

Setelah ke Pulau Langkawi, aku dan keluargaku meneruskan perjalanan ke Gunung Stong di Dabong, Kelantan. Di gunung ini terdapat sebuah air terjun yang bernama Air Terjun Jelawang. Ia adalah air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Kami menginap selama tiga hari dua malam di chalet yang terdapat di kaki Gunung Stong. Alangkah terperanjatnya kami apabila mengetahui bahawa hanya kami sekeluarga sahaja yang menginap di chalet tersebut. Walau bagaimanapun, ia adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan.
Aku nikmati setiap detik dengan sepenuhnya.

Akhirnya, aku dan keluargaku bercadang untuk pulang ke tanah air. Kami sempat singgah ke Kelantan dan membeli tanda-mata di Pasar Siti Khadijah. Aku tertawa apabila ternampak nama pasar tersebut di papan tanda kerana namanya serupa dengan namaku. Aku dan keluargaku pulang ke Singapura melalui jalan-jalan di pantai timur. Kami berasa jenuh duduk di kereta buat berjam-jam lamanya. Kami mengambil masa selama dua hari untuk akhirnya sampai ke rumah. Pengalaman yang berharga ini telah memberiku kenangan manis yang tidak terkira. Aku harap aku dan keluargaku akan dapat bercuti seperti ini lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah.

Kredit kepada Asahjaya

This slideshow requires JavaScript.


Advertisements
This entry was posted in Bahasa Melayu, Travel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Diari Disember

  1. bintangzohra says:

    melancong memang menyeronokkan…

  2. bintangzohra says:

    selamat menyambut hari kezahiran manuasia agung, semuga kita senantiasa bersama-sama beliau sekeluarga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s