Kes-Kes Seksual Pada Malam Tahun Baru di Singapura: Haruskah rakyat Singapura dipersalahkan?

Pada tahun 2009, 4 laki-laki mencabul kehormatan seorang wanita berpakaian bikini dengan secara terbuka pada malam tahun baru di pesta yang diadakan di Sentosa.

Kejadian ini berlaku di atas pentas di depan orang ramai. Banyak penonton ditangkap mengambil filem dan gambar kejadian tersebut. Namun, tiada seorang pun yang membantu.

Seorang wanita berpakaian bikini diperkosa oleh 4 laki-laki

4 orang laki-laki mencabul kehormatan seorang wanita berpakaian bikini

Beberapa pengguna internet mengatakan bahawa video ini telah diposkan di Youtube.

Pengguna-pengguna internet telah berdebat tentang kejadian tersebut. Ada yang meluahkan kemarahan mereka terhadap orang-orang yang tidak membantu tetapi sebaliknya sedang berpuas mengambil filem kejadian tersebut. Ada pula yang berkeras bahawa gadis itu yang bersalah kerana berpakaian sedemikian dan mabuk.

Pada tahun 2010, pasangan lelaki dan perempuan berkelakuan intim, memaparkan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain secara terbuka di pesta buih pada Malam Tahun Baru.

Kejadian ini telah mencetuskan perdebatan sengit di internet. Di manakah batasannya? Apakah garisan yang tidak boleh dilintas?  Inilah soalan-soalan yang ditanyakan selepas seorang lelaki ditangkap meletakkan tangannya di bahagian bawah bikini seorang wanita dan mencium lehernya dengan penuh ghairah. Rakyat Singapura, kita orang Asia, sepatutnya lebih konservatif tentang perkara seksual.

Adakah Rakyat Singapura terlalu intim di tempat awam?

Adakah Rakyat Singapura terlalu intim di tempat awam?

Dari foto tersebut, tampaknya wanita bikini biru itu tidak sedar akan orang-orang yang hadir disekelilingnya dan membiarkan dirinya disentuh di khayalak ramai di pesta itu. Berita China harian, Lianhe Wanbao, melaporkan bahawa lelaki itu kelihatan dari warisan Eurasia.

Sementara beberapa pembaca di internet mengatakan bahawa tindakan tidak senonoh itu harus dihukum, yang lain mengatakan bahawa kejadian tersebut adalah normal di pesta buih dan ia bukanlah sesuatu yang tidak lazim.

Rujukan dari:

http://sg.yfittopostblog.com/2011/01/03/singaporeans-taking-public-intimacy-to-a-new-level/#disqus_thread

http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore/Story/A1Story20100104-189643.html

Advertisements
This entry was posted in Bahasa Melayu and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kes-Kes Seksual Pada Malam Tahun Baru di Singapura: Haruskah rakyat Singapura dipersalahkan?

  1. Haris Mohd Ash'ari says:

    Saya merasa bahawa hal ini akan membahayakan kehidupan kita sebagai sebuah negara. kita akan dimalukan oleh negara-negara lain dan kerajaan mereka. Ini adalah sesuatu yang terjadi di singapura sering dan itu amat menakutkan kerana kita tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan jenayah ini.

    XD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s